TAJUK = Tuhan Ni Wujud Ke ?

Pada suatu petang, seorang lelaki datang ke kedai gunting rambut untuk memendekkan rambutnya yang agak panjang dan tidak terurus. Seperti biasa, si penggunting rambut menyambutpelanggannya dengan mesra dan mempersilakannya duduk. Sedang si penggunting rambut melakukan kerjanya, mulutnya tidak berhenti bercerita. Macam-macam dibualkan menyentuh isu semasa dan kehidupan harian. Tiba-tiba si penggunting rambut itu bertanya suatu soalan yang agak berat.

“Tuhan ni wujud ke?” tanya si penggunting rambut.
Lelaki tersebut terkejut dengan soalan tersebut. Belum pun sempat nak menjawab, si penggunting rambut menyambung percakapannya.
“Kalau Tuhan wujud kenapa dunia ni huru-hara, manusia saling berperang dan benci sesama manusia? Tuan tengoklah berita, di sana berperang di sini berperang. Asyik bergaduh sahaja di mana-mana…” adu si penggunting rambut. “Lihat di negara kita, sana sini buang bayi. Kes bunuh pun selalu keluar di akhbar. Masalah sosial lagi. Rasuah lagi. Teruklah!” sambungnya lagi menyatakan kekesalan.

“Tuhan tu ada.” Jawab si lelaki itu singkat. Risau melihat semangat si penggunting rambut itu dengan gunting tajam di tangannya.
“Kalau betul Tuhan ada, kenapa DIA tak selesaikan semua masalah tu? Dan buat semuanya jadi aman sahaja? Kan senang!” ujar si penggunting rambut yang umurnya 40-an itu.

Selepas beberapa minit berlalu, sesi guntingan rambut pun selesai. Selesai membayar, si lelaki mengajak si tukang gunting melihat ke luar tingkap.
“Encik lihat tak lelaki-lelaki remaja di sana? Dan pakcik tua di seberang jalan tu yang sedang duduk tu?” tanya lelaki itu.
“Ya, saya nampak. Kenapa?” si penggunting rambut bertanya kembali.
“Lelaki remaja tu rambutnya panjang, nampak tak senonoh kan? Dan pakcik tua tu pula misainya tak terurus nampaknya. Setuju tak?” Lelaki itu meminta pandangan.

“Ya, betul. Saya setuju.” si penggunting rambut mengiyakan sambil mengangguk.
“Mereka jadi macam tu sebab tukang gunting rambut tiada kah?” tiba-tiba lelaki itu mengajukan soalan ‘istimewa’ kepada si penggunting rambut.
“Eh, tak. Bukan sebab tu. Ni saya ada ni.” Si penggunting rambut menafikan.
“Habis tu kenapa lelaki-lelaki remaja itu berambut panjang dan pakcik tua itu tidak tersusun misainya?” lelaki tersebut bertanya kembali.
“Tu sebab mereka tak datang jumpa saya. Kalau mereka datang jumpa saya tentu saya akan potong rambut remaja lelaki tu bagi elok. Dan pakcik tua tu pula saya akan trim misainya bagi kemas.” jawab si penggunting rambut.

“Ya, itulah jawapan kepada persoalan encik semasa encik memotong rambut saya tadi. Tuhan itu ada. Tidaklah bermakna berlakunya peperangan, pertelingkahan, jenayah, gejala sosial, rasuah di kalangan manusia itu adalah kerana Tuhan tidak ada. Masalah ini semua timbul kerana mereka semua tidak mahu ‘berjumpa’ dengan Tuhan.” kata lelaki itu. Si penggunting rambut mendengar dengan teliti sambil mengerutkan dahinya. Berfikir agaknya.“Mereka yang abaikan suruhan dan perintah Tuhan. Tuhan malah telah memberikan pedoman melalui RasulNYA dan juga melalui kitabNYA iaitu al-Quran. Malangnya, manusia memilih cara mereka sendiri. Mereka menjauhkan diri dari ALLAH. Jika manusia mendekatkan diri dengan ALLAH, tentulah keadaan manusia lebih baik dan sejahtera. Lebih kurang macam sayalah sekarang ni. Lebih handsome dari lelaki-lelaki remaja dan pakcik tua tu sebab saya jumpa encik untuk dirapikan rambut saya, hehe…”

“Betul jugak. Kenapa Tuan tak jelaskan pada saya semasa potong rambut tadi” Si penggunting rambut mengangguk setuju sambil bertanya. “Oh bukan apa. Saya risau dengan gunting di tangan encik tu. Dibuatnya encik marah nanti, tak pasal-pasal saya kena nanti…hehe. Tapi, alhamdulillah encik tak marah, malah dapat menerima penjelasan saya” Jelas lelaki tersebut sambil ketawa kecil. Si penggunting rambut itu turut tertawa juga.

Antara pengajaran penting:
Tuhan itu ada. DIA, yakni ALLAH adalah Tuhan Maha Esa. DIA lah tempat semua memohon pertolongan dan bergantung harap. ALLAH tidak beranak dan tidak diperanakkan. Dan DIA tidak sama dengan mana-mana satu pun. Patuhlah kepada perintah ALLAH dan jauhilah larangan ALLAH. Kerana padanya terdapat kesejahteraan dan kebaikan yang menyeluruh. “Aslim, taslam”. Ambillah ISLAM secara keseluruhannya, nescaya semua manusia dan makhluq yang menghuni bersama manusia akan selamat. Peringatan: Ini hanyalah perumpamaan untuk dibuka fikiran sahaja. Kisah sebegini baik untuk disampaikan untuk mengajak manusia berfikir dan merenung. Namun, perumpamaan ini tidaklah tepat dengan ALLAH. Kerana ALLAH itu adalah Tuhan yang tiada suatu pun yang sama denganNYA. Semoga ada manfaat padanya, insyaALLAH.

Wallahu A`lam.

sumber copy paste internet…

Sempurna LIST ILMU TARIK REZEKI

green_dawn_v2_1680x1050

Pada hari jumaat yang mulia ini (1/3/2013, 12:38pm), penulis dengan lafaz bismillah sempurnakan Ilmu Tarik Rezeki (Kemewahan, kebahagiaan, kesihatan, ketenangan, keberkatan, etc…)

Amalan Luaran

  • – Sedekah
  • – Simpan 10%
  • – Simpan Emas
  • – Business & Creativity
  • – Ilmu Kewangan / Money Manager

Amalan Dalaman

  • – Syukur
  • – Selawat
  • – Istighfar
  • – Daily Imagination
  • – Benefit Our self & other

Pantang + Protect

  • – Semua perkara negatif
  • – Al-Kahfi 1-10 + Ayat kursi
  • – Follow semua pantang syariat
  • – BANGUN LAMBAT + Bangun Lambat
  • – Berfikir kemungkinan-kemungkinan negative

 
kurang duit, kurang love, kurang harta fizikal, kurang ilmu..

masalah duit, masalah perhubungan, masalah kebahagiaan, masalah rumah tangga, masalah dunia, masalah innerpeace…

 

“Masalah wujud dari cara berfikir, untuk selesaikan masalah, anda perlu ubah cara berfikir”
– Brilliant Words

Dari berfikir –> datang yakin –> manusia bertindak = RESULT

selagi u tak tukar cara berfikir, selagi itu masalah akan ‘melekat’ pada diri u…

“like attract like”…

“masalah menarik masalah”….

 
untuk tukar cara berfikir anda perlu tukar FOCUS…

 
focus dekat mana?

 

focus kepada RESULT

  • – focus kemewahan
  • – focus kebahagiaan
  • – focus kesihatan
  • – focus ketenangan
  • – focus keberkatan

macam mana nak dapat RESULT?

‘Plan + Feel Success + Easy Action = RESULT’

Like attract like…

You what are you believe…

 

Perkara yang anda fikir secara berulang-ulang akan mendatangkan keyakinan

Jika keyakinan itu positif —> tindakan anda akan jadi positif

Jika tindakan anda positif —-> Seluruh Kehidupan anda POSITIF

 
Syukur di atas kejayaan dan kekayaan ini…..

1 Jam = RM100 Ringgit

  • ANAK: “Ayah, boleh adik tanya satu soalan?”
  • AYAH: “Boleh, apa dia?”
  • ANAK: “Ayah, berapa gaji ayah sejam?”
  • AYAH: “Kenapa adik tanya?”
  • ANAK: “Saja adik nak tahu… Berapa ayah?”
  • AYAH: “Gaji ayah RM100 sejam”
  • ANAK: “Oh! (Sambil menundukkan kepala).
  • ANAK: “Ayah, boleh adik pinjam RM50?”
  • Ayah pun berasa geram…
  • AYAH: “Kalau alasan adik bertanya gaji ayah tadi hanya untuk meminjam duit untuk membeli mainan, lupakan saja. Fikirkan kelakuan adik…Kenapa adik mementingkan diri sangat? Ayah bekerja kuat untuk kita sekeluarga.”
  • Adik pun masuk ke biliknya dengan perasaan sedih.
  • Ayah pula berasa sangat marah dengan kelakuan anaknya itu. Berani anaknya bertanya soalan sebegitu hanya untuk meminta duit?
  • Selang sejam kemudian, ayah pun kembali tenang, dan kembali berfikir dengan rasionalnya:
  • Mungkin adik betul-betul memerlukan duit RM50 tersebut dan lagipun bukan selalu juga adik meminta duit. Ayah pun pergi ke bilik anaknya itu…
  • AYAH: “Adik, adik dah tidur?”
  • ANAK: “Tidak ayah, masih bangun lagi ni”.
  • AYAH: “Ayah telah berfikir, mungkin ayah terlalu tegas dengan adik tadi. Ayah sungguh penat di tempat kerja tadi sebab itu mood ayah tidak baik. Nah, ini duit RM50 yang adik minta…”
  • Adik pun berasa sangat gembira…
  • ANAK: “Oh, terima kasih ayah!”
  • Selepas itu, adik pun menyelak bantal tidurnya dan mengeluarkan beberapa helai wang kertas yang dikumpulnya. Ayah yang melihat adik sudahpun mempunyai duit, mulai berasa sangat marah. Adik pula dengan perlahannya menghitung jumlah duitnya…
  • AYAH: “Kenapa adik meminta lagi duit kalau adik sudah ada duit?”
  • ANAK: “Sebab duit adik tadi tak cukup, sekarang baru cukup…”


“Ayah, adik ada RM100 sekarang. Boleh adik membeli sejam dari masa ayah? Ayah pulanglah awal ke rumah esok. Adik teringin sangat nak makan malam dengan ayah…”
Si ayah pun berasa sangat terharu. Dia pun memeluk anak kecilnya itu dan meminta maaf.

Ini adalah peringatan untuk mereka yang bekerja sangat kuat di dalam hidup. Kita seharusnya tidak membiarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa menghabiskannya dengan orang yang penting dalam hidup kita; orang yang dekat di hati kita. Sentiasalah ingat bahawa apalah saja nilainya RM100 sejam tersebut kalau dibandingkan dengan nilai sejam bersama orang tersayang? Kalau kita meninggal esoknya, tempat kita bekerja dengan senangnya akan mencari pengganti kita. Tetapi, keluarga dan sahabat handai yang kita tinggalkan akan terasa kehilangan kita untuk seumur hidup. Dan kalau difikirkan lagi, kita memang sentiasa mendekatkan diri kita di tempat kerja berbanding dekat dengan keluarga kita.

Sesetengah perkara adalah lebih penting dari kerja…

 

 

 

Terharu pula penulis….

 

Syukur diatas kejayaan dan kekayaan ini…. 

Arif Billah Dan KEJAHILAN AHLI HAKIKAT…

“Barang siapa bertasawuf dan tidak berilmu fiqh maka sesungguhnya ia telah menjadi zindiq dan barang siapa berilmu fiqh dan tidak bertasawuf maka sesungguhnya ia telah menjadi fasiq. Dan barang siapa yang menghimpunkan kedua-duanya maka sesungguhnya telah mencapai “Arif Billah”…

Minhajul Al-Abidin
– KH. Ishlahul Ummah Al-Jihadi

 

 

—-

JIKA KAMU MELIHAT SESEORANG (AHLI HAKIKAT) MENJAWAB SETIAP PERTANYAAN DAN MENERANGKAN SETIAP PENGLIHATAN (MATA HATI) DAN MENCERITAKAN SETIAP YANG DIKETAHUINYA, MAKA KETAHUILAH BAHAWA YANG DEMIKIAN ITU ADALAH TANDA KEJAHILANNYA.

Manusia digesa supaya menggunakan akal fikirannya untuk mengkaji tentang kejadian-kejadian alam maya ciptaan Tuhan Maha Pencipta. Semakin mendalam pengetahuan tentang ciptaan Allah s.w.t, semakin kelihatan kebesaran dan keagungan-Nya. Bertambah pula keinsafan tentang kelemahan yang ada pada diri manusia terutamanya dalam menghuraikan hal ketuhanan. Ilmu pengetahuan yang mahir dalam perbahasan tentang makhluk menjadi tidak bermaya apabila mencuba menyingkap Rahsia-rahsia ketuhanan. Bila mengakui akan kejahilan dirinya seseorang itu menyerahkan dirinya dengan beriman kepada Allah s.w.t. Penyerahan ini dinamakan aslim dan orang yang berbuat demikian dinamakan orang Islam. Orang yang beriman tidak membahaskan tentang Allah s.w.t kerana mereka mengakui kelemahan akal dalam bidang tersebut.

Bidang yang tidak dapat diterokai oleh akal masih mampu dijangkau oleh hati. Hati yang suci bersih mengeluarkan cahayanya yang dinamakan Nur Kalbu. Nur Kalbu menerangi akal dan bersuluhkan cahaya Nur Kalbu ini, akal dapat menyambung kembali perjalanannya dari ‘stesen’ ia telah berhenti. Perjalanan akal yang diterangi oleh cahaya Nur Kalbu mampu menyingkap perkara-perkara yang ghaib dan beriman dengannya walaupun akal manusia umum menafikannya.

Terdapat perbezaan yang besar antara akal biasa dengan akal yang diterangi oleh nur. Akal biasa beriman kepada Allah s.w.t berdasarkan dalil-dalil yang nyata dan logik. Akal yang beserta nur mampu menyelami di bawah atau di sebalik yang nyata iaitu perkara ghaib, dan beriman kepada Allah s.w.t berdasarkan pengalaman tentang perkara-perkara ghaib. Walaupun perkara ghaib itu tidak dapat diterima oleh akal biasa, tetapi akal yang bersuluhkan nur tidak sedikit pun ragu-ragu terhadapnya. Pengetahuan yang terhasil dari cetusan atau tindakan nur ini dinamakan ilmu hakikat, ilmu ghaib, ilmu Rabbani atau ilmu laduni. Walau apa pun istilah yang digunakan, ia adalah pengetahuan tentang ketuhanan yang didapati dengan cara mengalami sendiri tentang hal-hal ketuhanan, bukan menurut perkataan orang lain, dan juga bukan menurut sangkaannya sendiri. Hatilah yang mengalami hal-hal tersebut dan pengalaman ini dinamakan pengalaman rasa, zauk atau hakikat. Apa yang dialami oleh hati tidak dapat dilukiskan atau dibahasakan. Lukisan dan bahasa hanya sekadar menggerakkan pemahaman sedangkan hal yang sebenar jauh berbeza. Jika hal pengalaman hati dipegang pada lukisan dan bahasa ibarat, maka seseorang itu akan menjadi keliru. Jika lukisan dan simbol diiktikadkan sebagai hal ketuhanan maka yang demikian adalah kufur!

Pemegang ilmu ghaib terdiri daripada dua golongan. Golongan pertama adalah orang yang terlebih dahulu memasuki bidang pembelajaran tentang tauhid dan latihan penyucian hati menurut tarekat tasauf. Pembelajaran dan latihan yang mereka lakukan tidak membuka bidang hakikat. Ini membuat mereka mengerti akan nilai dan kedudukan ilmu ghaib yang sukar diperolehi itu. Mereka hanya dapat belajar, melatih diri, kemudian menanti dan terus menanti. Jika Allah s.w.t berkenan maka dikurniakan sinaran nur yang menerangi hati si murid itu. Si murid itu pun mengalami dan berpengetahuan tentang hakikat. Pengetahuan yang diperolehi itu sangat berharga baginya dan dijaganya benar-benar, tidak dibukakannya kepada orang lain kerana dia tahu yang orang ramai sukar memahami perkara yang telah dialaminya itu.

Pemegang ilmu ghaib golongan kedua tidak pula melalui proses pembelajaran dan latihan seperti golongan pertama. Golongan ini tiba-tiba sahaja dibukakan hakikat kepada mereka (hanya Allah s.w.t mengetahui mengapa Dia berbuat demikian). Oleh sebab mereka memperolehinya dengan mudah dan tanpa asas pengetahuan yang kuat, mereka tidak mengetahui nilai sebenar pengetahuan yang mereka perolehi itu. Mereka menyangkanya sebagai ilmu biasa. Lantaran mereka memahaminya mereka menyangka orang lain juga memahaminya. Sebab itu mereka mudah memperkatakan ilmu tersebut di hadapan orang ramai. Oleh sebab ilmu ini tidak dapat diceritakan kecuali dengan ibarat, satu daripada dua kemungkinan akan berlaku. Pertama, lantaran orang ramai melihat latar belakang orang hakikat tadi tidak mempunyai asas agama yang kuat, bukan orang alim, maka mereka menganggapnya pembohong dan pembawa cerita khayal. Kedua, kemungkinan ada orang yang mempercayainya tetapi kepercayaan itu tertuju kepada ibarat bukan kepada yang diibaratkan. Kedua-dua kemungkinan tersebut adalah tidak sihat. Sebab itu dilarang keras memperkatakan tentang ilmu hakikat kepada bukan ahlinya. Orang yang membeberkannya dengan mudah disebut orang jahil yang tidak tahu nilai berlian yang ada padanya.

Syukur diatas nikmat kejayaan dan kekayaan ini….

 

 

Keajaiban sujud dalam shalat

Image

Apabila Anda sedang mengalami stress, atau tensi anda naik, atau pusing yang berkepanjangan, atau mengalami nervous (salah satu jenis penyakit penyimpangan perilaku berupa uring-uringan, gelisah, takut, dll). Jika Anda takut terkena tumor, maka sujud adalah solusinya. Dengan sujud akan terlepas segala penyakit nervous dan penyakit kejiwaan lainnya. Inilah salah satu hasil penelitian yang dilakukan oleh Dr. Muhammad Dhiyaa’uddin Hamid, dosen jurusan biologi dan ketua departemen radiasi makanan di lembaga penelitian teknologi radiasi.

Sudah lumrah bahwasannya manusia apabila mengalami kelebihan dosis dalam radiasi, dan hidup di lingkungan tegangan listrik atau medan magnet, maka hal itu akan berdampak kepada badannya, akan bertambah kandungan elektrik di dalam tubuhnya. Oleh karena itu, Dr. Dhiyaa’ mengatakan bahwa sesungguhnya sujud bisa menghilangkan zat-zat atau pun hal-hal yang menyebabkan sakit.

Pembahasan Seputar Organ Tubuh

Dia adalah salah satu organ tubuh… dan dia membantu manusia dalam merasakan lingkungan sekitar, dan berinteraksi dengan dirinya, dan itulah tambahan dalam daerah listrik dan medan magnet yang dihasilkan oleh tubuh menyebabkan gangguan dan merusak fungsi organ tubuh sehingga akhirnya mengalami penyakit modern yang disebut dengan “perasaan sumpeg”, kejang-kejang otot, radang tenggorokan, mudah capek/lelah, stress … sampai sering lupa, migrant dan masalah menjadi semakin parah apabila tanpa ada usaha untuk menghindari penyebab semua ini, yaitu menjauhkan tubuh kita dari segala peralatan dan tempat-tempat yang demikian.

Solusinya?!

Harus dengan mengikuti sesuatu yang diridhai untuk mengeliminir hal itu semua, yaitu dengan bersujud kepada satu-satunya Dzat yang Maha Esa sebagaimana kita sudah diperintah untuk hal itu, dimana sujud itu dimulai dengan menempelkan dahi ke bumi (lantai). Maka di dalam sujud akan mengalir ion-ion positif yang ada di dalam tubuh ke bumi (sebagai tempat ion-ion negatif). dan seterusnya sempurnalah aktivitas penetralisiran dampak listrik dan magnet. Lebih khusus lagi ketika sujud dengan menggunakan 7 anggota badan (dahi, hidung, kedua telapak tangan, kedua lutut, dan kedua kaki) maka dalam posisi ini sangat memudahkan bagi kita menetralisir dampak listrik dan magnet.

Diketahui selama penelitian, agar semakin sempurna proses penetralisiran dampak itu semua, maka sujud harus menghadap ke Makkah (Masjid Ka’bah), yaitu aktivitas yang kita lakukan di dalam shalat (qiblat). Sebab Makkah adalah pusat bumi di alam semesta. Dan penelitian semakin jelas bahwa menghadap ke Makkah ketika sujud adalah tempat yang paling utama untuk menetralisir manusia dari hal-hal yang mengganggu fikirannya dan membuat rileks. Subhanallah, pengetahuan yang menakjubkan. (sendy aldiana)

Al-Kahfi 1-10

 

As salam

Segala idea disini ialah

  • – cara berfikir (Berani Kaya Berani Iman)
  • – 15 Amalan Murah Rezeki
  • – Energy Positif & Energy Positif
  • – Design Your Life / 101 impian

Rezeki yang kita inginkan ialah:

  • – kemewahan
  • – kebahagiaan
  • – kesihatan
  • – keberkatan

Jika manusia ingin menjadi baik ada perkara yang ingin merosakkan manusia iaitu:-

  • – Lucifer
  • – Nafsu / Diri Negatif
  • – Dajjal
  • – Manusia Lain

kenal kekuatan diri kenal kekuatan musuh = 100% menang
kenal kekuatan diri tidak kenal kekuatan musuh = 50/50 untuk menang
tidak kenal kekuatan diri kenal kekuatan musuh = u boleh buat keputusan untuk fight atau tidak
tidak kenal kekuatan diri tidak kenal kekuatan musuh = confirm kalah

  • u = energy
  • rezeki = energy
  • everything is energy

jika anda tidak protect energy anda makhluk2 negatif ini akan merosakkan energy anda, maybe secara direct, maybe secara indirect subliminal, virus dan sebagainya…

  • ada yang merosakkan dari luaran
  • ada yang merosakkan dari dalam

mereka yang negatif dan bijak ini tidak terus padamkan 100% energy anda, tetapi mereka padamkan secara phase by phase… mereka masukkan ‘virus’ tanpa anda sedar.. sehingga anda sendiri tidak tahu penyakit hati yang telah ada didalam diri anda.

  • mulut begitu ringan menyatakan saya beriman / saya baik…
  • mulut begitu ringan menyatakan mereka / orang lain bersalah….

ini tanda-tanda orang ada penyakit hati. ianya menjadi asbab tertutupnya pintu rezeki

didalam kita mengejar rezeki dunia hendaklah protect agar tidak tergelintir kedalam penyakit CINTA DUNIA TAKUT MATI….

tanda-tandanya susah nak beri sedekah / hadiah…
jika dilihat secara ‘halus’ tanda lain ialah susah nak bangun pagi / tahajud.
dan lagi tiada TAKUT DAN HARAP. susah nak berzikir, susah nak baca alquran…

“cause and effect system”…..

akal sering menipu diri…. JANGAN PERCAYA SANGAT KEPADA AKAL NEGATIF / PERSEPSI SENDIRI….

so protect segalanya dengan —> “Al-kahfi 1-10 + Ayat Kursi” … Apply 5 kali 1 hari…

penjelasan Al-kahfi 1-10 tidak setakat ‘terhindar dari fitnah dajjal’…

malah Al-kahfi 1-10 lebih dari itu…

ianya menjadi asbab untuk protect daripada energy negatif melekat pada energi u…

bila energy negatif ‘melekat’…. energy u akan menjadi berat…

hasilnya malang bertimpa2…..

jika anda apply amalan dalaman dan lain2 amalan…..

ianya menjadi asbab energy anda menjadi besar, ringan, mantap dan sebagainya…

hasilnya blessing bertimpa2…..

Pantang + Protect

  • – Follow semua pantang syariat
  • – Semua perkara negatif
  • – Berfikir kemungkinan-kemungkinan negative
  • – Tidur Lambat + Bangun Lambat
  • – Al-Kahfi 1-10 + Ayat kursi

Amalan Dalaman

  • – Syukur
  • – Istighfar
  • – Selawat
  • – Daily Imagination
  • – Benefit Our self & other

Amalan Luaran

  • – Simpan 10%
  • – Simpan Emas
  • – Sedekah
  • – ***
  • – ***

“just idea”

have fun

Lagi Amala Murah Rezeki

SOALAN:

Salam Ustaz, maaf mengganggu. Sy ingin bertanya, adakah apa-apa amalan untuk hal kerezekian? Rezeki sy sering sempit dan asyik terbantut hendak buat apa-apa. Mohon penjelasan dari Ustaz.

JAWAPAN:

Wsalaam WMT. Semoga keberadaan Tn dalam Rahmat dan Redha ALLAH sentiasa.

Berkaitan dengan soalan Tn, mohon maaf terlebih dahulu, kerana keterbatasan waktu, saya menjawabnya secara asas dan ringkas. InsyaALLAH, jika ada peluang, akan saya huraikan seadanya.

Berfirman ALLAHu Jalla Jala Lahu dalam Surah Ar Ra’d : 39, yang bermaksud:

“ALLAH menghapuskan apa jua yang dikehendakiNYA dan DIA juga menetapkan apa jua yang dikehendakiNYA, dan (ingatlah) pada sisiNYA ada “Ibu Segala suratan”.”

Toyyib, hal-hal kerezekian adalah antara klausa yang terkandung dalam Taqdir Muallaq iaitu taqdir yang dapat berubah dengan Doa dan Usaha, biiznILLAH.

Pertama sekali dalam hal-hal kerezekian terdapat beberapa kunci utama sebelum membuka PINTUnya, yang mana jika diikuti akan kunci ini secara tertib, insyaALLAH, kebahagiaan dunia dan akhirat pasti akan dikecapi.

Berikut adalah antara kunci-kuncinya:

1) Ikut perintah ALLAH, Tinggal larangan ALLAH

2) Istigfar, sentiasa bertaubat kepada ALLAH akan segala kesilapan baru atau lama, dekat atau jauh. Jangan dilupakan akan hal ini walau sesaat.

3) Doa, kerana doa itu senjata Mukmin. Pentingnya, paling utama, turuti ADAB-ADAB dalam berdoa, antaranya adalah kita memohon kepada ALLAH, bukan mengarah ALLAH, hari ini, orang berdoa, seolah-olah mereka berada di maqam tajrid, barang hendak barang menjadi. Ingat, MOHON tapi BUKAN ARAH.

4) Sentiasa bersedekah, walaupun selembar senyuman, terutama di dalam kesusahan. Lazimkan diri bersedekah walau satu sen ke dalam tabung-tabung masjid terutamanya, asingkan sedikit dari pendapatan untuk memberi makan kepada 40 orang anak yatim atau 40 orang fakir miskin, setiap bulan.
Perlu ingat, dalam sejarah Islam, sahabat yang paling kaya raya adalah Sayyidina Abdur Rahman Bin Auf, apakah rahsianya? Salah satunya adalah ZAKAT.

5) Selawat ke atas Nabi. Sayyiduna Muhammad S.A.W. Lazimkan diri mengkhatami paling kurang 1000x sehari Selawat ke atas Nabi S.A.W. Rasulullah SAW sepanjang hidup Baginda berjuang demi umatNya yang tercinta, masakan susah untuk kita berjuang 1000x dalam sehari demi syafaat Rasulullah SAW……

6) Elakkan tidur selepas Solat Subuh, kerana itu salah satu pantang dalam hal-hal kerezekian. Jadi, bagaimana dengan mereka yang bekerja shift malam?
Tentang hal tersebut, terserah kepada diri masing-masing untuk menilai. Paling tidak, selepas Solat Subuh, tunggu sehingga waktu Dhuha, selesai Solat Sunat Dhuha, berqoilullah, itu sebaiknya, bagi mereka yang bekerja shift malam.

7) Usahakan walau 2 rakaat Qiamulail, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. BerFB boleh saja sehingga fajar mendongak, masakan untuk Qiamulail 2rakaat sahaja susah.

8) Rajinkan diri dengan Solat Sunat Dhuha, walau 2 rakaat, usahakannya, kerana solat sunat dhuha antara solat sunat yang tidak pernah ditinggalkan Rasulullah SAW. Ingat, buat kerana ALLAH, bukan kerana kerezekian.

9) Sentiasa positif dan yakin, kerana itulah sifat orang yang beriman.

10) Mujahadah diri sentiasa ke Majlis Ilmu. Ingat, ada dua perkara yang Rasulullah SAW bimbangi akan menimpa UmatNya. Satunya mereka dari golongan jahil yang rajin beribadat. Keduanya, Ulama dari golongan yang menderhaka atau Ulama yang menderhaka. Maka, usahakan diri ke majlis-majlis Ilmu, kerana Ilmu itu Nur, Nur dalam kehidupan.

InsyaALLAH, setakat ini dahulu kunci-kunci asas hal-hal kebahagiaan dan kerezekian.

InsyaALLAH, jika Tn ada peluang, cubalah ikuti mana-mana majlis bebelan saya untuk syarah penuhnya.

Semoga sedikit sebanyak memberi panduan dalam menghadapi dan menyelesaikan masalah Tn.

ALLAHu Mustaan. InsyaALLAH.

Antara Harap Dan Takut

Di antara perkara-perkara yang menyelamatkan, ialah berharap sepenuhnya kepada Allah Ta’ala, serta gentar dan takut kepadaNya. Harap dan takut itu adalah sebagai suatu tingkatan yang mulia dari Allah Ta’ala kerana keduanya
itu menjadi sifat para Nabi dan Rasul, serta pengikutnya dari orang-orang saleh dari kaum Mukmin.

Firman Allah Ta’ala
“Orang-orang yang mereka seru itu mencari jalan kepada Tuhan, mana satu yang lebih dekat , dan mereka mengharapkan rahmatNya dan takut kepada siksaNya, sessungguhnya siksaan Tuhanmu itu amat ditakuti.” (Al-Isra’: 57)

FirmanNya lagi
“Sesungguhnya mereka telah berlumba-lumba dalam usaha-usaha kebaikan, dan mereka berdoa kepada Kami dengan penuh harap dan takut, dan mereka itulah adalah orang-orang yang tunduk hatinya kepada Kami.” (Al-Anbiya’: 90)

FirmanNya lagi
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang berpindah dari negerinya, dan yang bekerja keras di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Tuhan, dan Tuhan itu Maha Pengampun Maha Penyayang.”(Al-Baqarah: 218)

FirmanNya lagi
“Sebagai peringatan bagi orang-orang yang bertaqwa (memelihara diri dari kejahatan). Mereka yang takut kepada Tuhannya dalam hal yang ghaib, dan mereka penuh ketakutan kepada saat (kiamat).”(Al-Anbiya’: 48-49)

FirmanNya lagi
“Dan orang-orang yang memberikan pemberiannya dengan hatinya yang takut (kepada Tuhan), bahawa mereka akan kembali kepada TuhanNya.” (Al-Mu’minun: 60)

Sabda Rasulullah s.a.w
“Berfirman Allah Ta’ala: Aku berada pada sangkaan hambaKu, terhadap diriKu, dan Aku sentiasa bersamanya setiap ia mengingatiKu.”

Sabdanya lagi
“Berfirman Allah Ta’ala: Wahai Anak Adam! Setiap engkau memohonKu dan mengharap kepadaKu, maka Aku tetap akan mengampunimu atas segala kesalahan yang telah engkau lakukan, betapa besar dan banyak sekalipun, Wahai anak Adam! Seandainya kesalahan-kesalahan itu setinggi langit sekalipun, lalu engkau memohon keampunan kepadaKu, nescaya Aku mengampunkanmu. Wahai Anak Adam! Seandainya engkau datang kepadaKu dengan dosa seisi bumi, kemudian engkau bertemu denganKu sedang engktau tidak pula mensyirikkanKu dengan sesuatu apapun, nescaya Aku akan mendatangimu dengan keampunan seisi bumi pula.”

Sabdanya lagi
“Berfirman Allah Ta’ala: Demi kemuliaanKu, Aku tidak akan mengumpulkan bagi hambaKu dua ketakutan atau dua keamanan. Jika ia takutkan Aku di dunia, nescaya Aku akan sentosakannya di Hari Kiamat. Jika ia merasa aman daripadaKu di dunia, nescaya Aku akan menakutkannya di Hari Kiamat.”

Sabdanya lagi
“Pokok kebijaksanaan takutkan Allah.”

Sekali peristiwa, ketika Rasulullah s.a.w melawat seorang pemuda yang sedang menghadapi maut, lalu ujar baginda: Bagaimana keadaanmu? Jawabnya: Aku bimbang tentang dosaku yang banyak itu. Aku sungguh-sungguh mengharapkan rahmat Tuhanku. Maka berkata Nabi alahis-salam: Tidak akan berkumpul perasaan harap dan bimbang di dalam hati seseorang hamba, sedang ia dalam keadaan serupa ini, melainkan Allah memberinya segala yang diharapkanm dan mengamankannya dari segala yang dibimbangkan.

Ketahuilah bahawasanya perasaan takut itu akan menghalang diri seseorang dari melakukan maksiat dan kesalahan-kesalahan. Sedang perasaan harap pula, akan membimbing seseorang hamba kepada mengerjakan ketaatan dan menurut perintah. Barangsiapa yang tidak dihalangi oleh perasaan taktu untuk melakukan maksiat terhadap Allah azzawajalla, serta tidak pula dibimbingi oleh perasaan harap kepada mengerjakan ketaatan terhadap perintah-perintah Allah Ta’ala, nescaya jadilah perasaan takut dan harapnya itu sebagai bicara nafsu yang tidak berguna apa-apa dan tidak boleh dipegang, kerana kosong dari maksud dan faedah yang dicita-citakan.

Sesudah itu, ketahuilah bahawa yang paling utama bagi seorang Mukmin yang sentiasa mengerjakan ketaatan kepada Allah Ta’ala, meletakkan dirinya antara takut dan harap, agar kedua-dua perasaan itu menjadi seperti kepak burung atau dua neraca timbangan kepadanya.

Bersabda Rasulullah s.a.w
“Sekiranya ditimbang perasaan takut dan perasaan harap dari seorang Mukmin, nescaya kedua-duanya sama rata.”

Adapun seorang Mukmin yang sentiasa mencampur-adukkan amalannya yang sentiasa merasa bimbang akan terpesong dari jalan ketaatan dan terjerumus ke dalam larangan-larangan Allah Ta’ala, maka yang paling baik baginya memperbanyak takut, kerana perasaan takut itu menahan dan menghalang diri dari berbuat sesuatu dengan sewenang-wenang atau melampaui batas. Tetapi, jika dirinya sentiasa dikongkong oleh hawa nafsu dan dikuasai syahwat, lalu tiada suatu yang dibuatnya selain berharap dan berharap terus-menerus, mungkin sekali sikap serupa itu akan menyebaabkan kebinasaannya. Sebab setiap kali ia mengingatkan dirinya yang suka berbuat jahat itu, bahawa rahmat Allah Ta’ala itu amat suka dan sentiasa memaaf dan mengampunkan dosa-dosa hambaNya, maka tentu sekali dirinya akan menjadi lebih berani membuat maksiam dan kan menjadi lebih jauh daripada ketaatan , lebih mudah terjerumus ke dalam kemaksiatan, dan akhirnya ia akan binasa dan celaka tanpa terasa dan tersedar